Hmm dah lama tak update blog maka adalah sangat awkward sekarang hehe. Mula-mula tak update blog sebab cuti haritu takde buat apa-apa so nak update benda pung kat blog so blog senyap.Lepastu terus hilang je blog tu hehe. But then bila fikir balik aku dah la kekadang tu pelupa, dulu pun blogging as one of the ways to keep my memory on everyday things that happen in my life, gituww. Jadi, marilah sambung balik apa yang telah lama ditinggalkan. (Aku try ni ingat balik important things that happened for the past few months!)
Ok la firstly meh la aku share experience performing Umrah last Ramadhan. Sebenarnye malas nak kecoh, tak ramai pun yang tahu, rasanya aku bagitau Icha dgn Naz je. Dah lama dah parents plan. Plan asal pergi Jun lepastu papa cm "Why not kita pergi Ramadhan je" Lepastu mama pulak " Since nak pergi Ramadhan,jom la kita raya sana terus" Ok set! Anak-anak hanya menurut perintah, cehh padahal cuak bukan main haha.
Flight nak pergi Jeddah masa tu can occupy up to 400 ppl tapi kitorg punya trip ada about 100 ppl only so bayang kan la betapa kosongnya plane tu. Sorang-sorang boleh tidur kuak lentang lagi kat seat tu! Best giles la. Tapi aku tak la, haha. Kejap-kejap bukak buku hafal doa, hafal nak tawaf,saie macam mana. Pehh nervous gila I tell you! Steward dgn stewardess adalah baik sangat. Masa kapten announce dah kat Qarnul Manazil so jemaah boleh pasang niat, lagi aku nervous. Terus pergi jumpa Ustazah tanya macam-macam. Manja sangat tau Mirae haha. Alhamdulillah sampai Jeddah maghrib so terus bukak puasa and Alhamdulillah sangat-sangat everything went well. Lepas solat maghrib kat Jeddah naik bus pergi Mekah. Dalam bus adalah sangat kelakar ok, jemaah semua macam penat, semua tidur. Our mutawif, Ustaz Rahman tengah semangat ni cerita pasal Mekah semua sekali jemaah semua tidur. Sampai Ustaz cakap macamni "TIDAK MEGAPA LA NAMPAKNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BEGITU MENGANTUK, JADI SAYA BERHENTI DISINI SAJA" Haha sangat kelakar ok!,Aku nak gelak pun tak larat sebab mengantuk sangat Haha.Kesian Ustaz.
Bila sampai mekah lagi nervous, sebak jugak la. Masa kitorg sampai tu malam ke 25 Ramadhan so mmg sangat jam la jalan, even our bus need to stop about 200m from the hotel kot.Ustaz lagi la cakap macam ni "DI MASJIDIL HARAM SEKARANG SANGAT RAMAI JEMAAH YE, POLIS&TENTERA SAHAJA DALAM 3 JUTA" *Pitam jap aku, Lagi nervous laa * So terpaksalah seret beg masing-masing pergi hotel. Sampai hotel,we were given about 2 hours to ready everything before buat umrah. Pukul 2 pagi ikut Ustaz Rahman gi Masjidil Haram. Fyi the distance from our hotel to Masjidil Haram adalah dalam 800m *Lap peluh* But Alhamdulillah ok ja, first time jalan tu takde la ramai org sangat maybe sbb dah habis terawih, tapi nampak ada org solat kat jalan-jalan biasa ni. Takut jugak dlm hati macam "Ya Allah dah penuh ke Masjid?" Tapi Alhamdulillah sangat, we managed to perform our Umrah in less that 1 hour. Sangat best, senang sangat la.
1) Apa perasaan nampak Kaabah?
SubhaAllah, meremang bulu roma.Sebak sangat. Tak berhenti-henti zikir, baca doa mana yang ingat.
2) Macam mana tawaf? Senang tak?Terpisah dgn family tak?
Hmm Alhamdulillah 1st time ni mmg kitorg satu family ikut Ustaz je, tak terpisah langsung.Ustaz baca doa
apa pun kitorg follow je. Takut jugak dgr experience org tawaf sampai 2 jam.Tapi Alhamdulillah,
Allah banyak tolong :)
Habis umrah around 3 mcmtu, lepastu terus duduk je dalam masjid sbb nak tunggu Subuh, I was so mesmerized with everything in the Masjid. SubhaAllah sangat cantik,sangat-sangat cantik indeed. Every tiang ada rak Al Quran. All the Arab ppl mmg suka Malaysian, asal nampak kitorg je "Malayzia?Good! Sambil thumbs up" Lps Subuh balik bilik tidur, hehe penat!
*Pause kejap penat la tulis panjang-panjang, tapi nak sangat share semua Hmm*
Kitorg punya trip patutnya 10 hari ja, tapi tetibe Tabung Haji extend, lagi best extend sampai 6 hari. Best betul plan Allah ni. So kitorg 13 hari kat Mekah & 3 hari kat Madinah. Sepanjang puasa mmg kitorg berbuka kat hotel ja, so lepas maghrib baru pergi Masjid for Isya',Terawih,Qiam & Subuh. Mula-mula je pergi satu family sekali, solat pun dekat-dekat, balik pun sesame lepastu bila dah pandai , sendiri-sendiri la pergi masjid, tapi of course la aku dgn Omma. Selalu pergi Masjid tu dgn abang sbb abang jalan laju sikir dr papa haha lepastu sampai pintu Masjid separate la dgn Abang. Aku dgn Omma suka masuk pintu King Fadh. Papa lone ranger, takpe papa terer.
Sepanjang aku pergi Masjid kat Mekah tak pernah la solat kat dataran,Alhamdulillah ramai mcm mana dapat jugak solat dlm masjid :) Sebab orang ramai masa 10 malam terakhir ni kan, even hotel jauh tapi takde la rasa jauh ok ja, macam rumah aku nak pergi klinik dulu je.
- Malam ke 27
Ustaz dah pesan, malam ni orang Arab expect to be Lailatul Qadar so kena pergi masjid before Asar
and stay till terawih, tapi kitorg pergi after maghrib. Bayangkan laaaaa!!!! Sangat ramai orang, MasyaAllah tak tau la cakap mcm mana. Tapi yang aku ingat aku mmg tak berhenti doa minta Allah tolong. From hotel aku dah doa supaya Allah mudahkan perjalanan kami ke Masjid. And Alhamdulillah senang sangat sampai masjid. Dah sampai kat dataran masjid, Ya Allah ramai sangat Most of the jalan&pintu dah tutup. Doa lagi supaya kami masuk solat dalam Masjid. And again, Alhamdulillah kami dapat masuk masjid :). Dah masuk masjid naik pergi level 2, perghh penuh beb.Semua tempat penuh, nak jalan pun susah. Ya Allah. Doa lagi, supaya ada tempat untuk kami solat. And again Allah dengar :) Nak tahu tak kitorg dapat solat kat mana? Dkt tempat tawaf level 2, dan Betul-betul nampak Kaabah dari atas, SubhaAllah Thank you Allah!! Sejuk je, dapat solat dengan tenang sangat :) Dapat tengok langit. Ya Allah best sangat la!
- Umrah ke 2
Masa nak buat Umrah ke 2 ni kitorg niat kat hmmm ok lupa haha, sbb masa tu ziarah pergi Jabar Rahma semua so by the time sampai hotel dah pukul 12. Papa cakap " Korang nak buat Umrah bila?Malam ke sekarang? Papa rasa kita buat sekarang je la, ingat kita dalam ihram so kena jaga semua" "SETUJUU" Padahal peluh menitik nitik ni, babe it was so hot! 50 degree ok. Tapi takpe, doa je kat Allah. Masa tawaf tu mmg dah terpisah la dgn mama papa, aku buat dgn abang. For the first time, aku rasa abang sangat memainkan peranan as abang dgn sangat bangus! SANGAT-SANGAT BAGUS. Dia pegang je aku, sbb aku kan jalan cepat ehew, selalu ingatkan nak baca apa, dah pusing berapa kali. It was not easy babe, dgn panas nye, lantai pun panas, dgn ramai orang nye. Ya Allah. Habis tawaf nak solat sunat dpn Kaabah tu masa sujud aku rasa dahi aku ni melekat kat lantai tu sbb it was so so hot. Tapi takpe sabar, tak boleh complain.Ingat dont you ever complain anything kat sana. Lpstu pergi saie. Aku suka sangat saie, tetibe lepas the 5th roud to azan Zuhur, terus semua bentang sejadah nak jalan pun dah tak boleh.Kitorg stuck la, abang cakap jom solat dulu, masalahnye aku dah takde wuduk. So aku ddk sebelah abg masa dia solat (Masa ni perempuan laki semua solat sebelah2 je) Tapi aku fikir, tak boleh jadi ni, nak solat jemaah jadi aku bangun and Alhamdulillah air zam zam dekat je so aku langkah semua lelaki tu masa diorang sujud and pergi amek wuduk kat water cooler tu. Amek wuduk tak payah nak bukak telekung bagai okay, pandai2 la survive. Lpstu aku langkah balik mamat2 yang tengah sujud pergi solat sebelah abang Fuhh Alhamdulillah. Kan masa tu panas so masa aku amek wuduk dgn air zam zam tu Ya Allah best gils okay, rasa fresh gile! Mandi satu badan pun tak pernah rasa fresh macam tu! Dah habis Saie tu kitorg saje-saje je hulur kepala kat Pak arabs yang tengah nak buat pahala tadah air zam zam, nanti diorg basahkan la kepala kau. Perghh syok sangat. yang kelakar aku pegang selipar mama&aku selipar abang kat papa, kan kitorg terpisah haha. So nak buat guane, abang terpaksa la pakai selipar aku balik hotel haha. So kelakar! Tapi Alhamdulillah settle jugak umrah walaupun panas sangat. Tak rasa langsung dahaga nak minum air ke sbb time ni kan puasa. Tak ok! Thank you Allah :)
- Solat sunat Aidilfitri
Ustaz dah pesan, kalau masa hari raya mmg ramai jugak orang so pergi aawal masjid. Amek kau kitorg semua bangun lambat haha! Pukul 3 baru bangun n pukul 4 pergi masjid, masa ni tak Subuh pun lagi. Tapi as usual doa je minta Allah tolong&Permudahkan. Alhamdulillah dapat solat dalam Masjid, tempat sejuk lagi *Happy*
Masa Ramadhan ni akan nampak la macam-macam cara orang buat nak kutip pahala.Even benda ni nampak simple tapi Ya Allah! sbg contoh yang aku nampak, diorang isi air zam-zam dalam botol lepastu spray kat muka orang.Sbb kan panas, so bila org kena spray dgn air mmg syok habis (Aku la tu hehe) And yang paling tersentuh hati gangster aku sampai rasa sebak tetibe bila nampak sorang mamat ni sambil mengaji dia pegang kotak tisu so sesiapa yg lalu boleh amek tisu lap peluh, hingus semua la. Ya Allah dr sekecil-kecil pekerjaan.
Masa kat sana aku demam sebenarnye, 3 hari jugak la demam hehe. Tapi Alhamdulillah larat je pergi Masjid semua Even at some point tu aku muntah dalam masjid haha. Alaaaa tapi masa nak muntah tu "Eh tong sampah kat sebelah, bluekkkk" So sangat senang laaaa! Again, Allah banyak sangat tolong :) Masa demam ni aku tak boleh langsung tengok orang makan Nasi Arab, bau, dengar orang cerita pasal nasi arab pun aku muntah haha, manja sangat tau *flipshair*
Kalau orang cakap solat terawih kat sana lama bagi aku biasa je, 20 rakaat 2 jam ok la tu kan?Standard je. Yang lama tu Tahajud haha! 10 rakaat 2 jam. Tapi best la. Sbb diorang takde tau solat sunat lain macam kita ni, solat hajat la,solat taubat la so diorang mmg tunggu solat tahajud ni. Rukuk je dekat 15 mins sbb this is the only time yang diorang nak doa lama2 kat Allah. Kita apa lagi, join sekali la. Sepanjang kat sana routine aku lepas maghrib pergi masjid sola Isya',terawih,tahajud,witir kalau larat tunggu sampai dhuha.Masa imam baca doa qunut masa witir tu paling paling best la dekat 30 mins doa qunut and diorang semua nangis. Kita ni je terpingga-pingga sbb tak faham.Tapi kalau dah imam pun menangis, kita pun sebak la :'( Terawih sampai pukul 11, tahajud start pukul1 tapi kitorg mmg tak keluar pun ddk je dlm masjid sebab kalau keluar masjid komfem ssh nak masuk balik, mesti penuh. Masa malam khatam quran pun best sangat.Sukaaa laaa!
*Ok pause lagi, *
Food kat sana sedap. Kat hotel orang Indon tu masak sedap Haha. Tak rindu langsung makanan Malaysia la haha. Selalunya masa bulan puasa tu mmg takde sangat makan luar. Kalau ada pun kitorg beli jus lepastu letak dalam fridge lepastu tak habis-habis. Yela puasa kan, tapi nafsu beria je haha. Pergi Bindawood je semangat capai semua jus,yoghurt haha. Sbb bindawood sangat best! Jus belambak (Kiwi+lime paling fav) , aku selau amek benda yang rare takde kat Malaysia macam nutella stick lepastu spare satu beg nak letak these foods bawak balik Malaysia haha. Masa raya eve tu jalan-jalan pergi mall dia, makan baked macaroni sedap gils la! Papa kan suka jalan-jalan beli makan nnt sahur tetibe "Eh burger King" Ya Allah burger King adalah tersedap haha (Wahh aku asal makan je sedaps gils hee) Kalau masa nak tunggu Subuh after terawih tu, diorg semua sahur, kitorg bawak jugak roti tapi diorang sangat berbesar hati, kalau boleh nak share semua dgn kita. Kalau kita cakap taknak lagi dia paksa amek.
Ok ni part paling last. Pictures babeh. Tapi sikit je la sbb ni pics fr Papa's tab hehe.
Ni jalan depan hotel rasanya. Semua odw nak pergi Masjid :)
Jabar Rahma
Main-main dengan unta tetibe teringat Melo haha
Hudaibiyah. Demam masa ni.
Ni level paling atas kat Masjidil Haram. Lelaki je yg boleh solat sini.
Awww tgk abg! Haha.
Zam zam tower. Shopping mall.
Food court
Masa pagi raya rasanya.
Cantikkkk. Rindunyaaaa :'(
Ok nanti kalau aku teringat apa-apa aku update hehe.nanti cerita pasal Madinah pulak :)
Bye, Stay Blessed!









